My Lovely Hair :)
Wednesday, 22 June 2011 | 03:04 | 0 comments
Nutrition For Your Hair .KUNING TELUR : Walaupun berbau hanyir tetapi kuning telur membantu mencegah keguguran pada rambut . Selain itu telur juga merupakan bahan yang paling sesuai untuk memberikan hasil optimum untuk menggantikan rambut yang gugur .
STEP BY STEP :
- Campurkan kuning telur dengan sedikit perahan lemon . Lumurkan pada rambut . Tutup rambut dengan shower cap atau tuala kering . Biarkan selama 30-45 minit . Bilas rambut sehingga bersih .
MAYONNAISE : Mayonnaise yang selalunya dimakan bersama salad terbukti baik untuk merawat rambut kering . Hasilnya rambut bukan sahaja lebih lembap malah nampak lebih berkilau .
STEP BY STEP :
- Mayonnaise disapu ke kulit kepala secara keseluruhan terutama pada hujung rambut . Biarkan untuk beberapa minit dan kemudian cuci seperti biasa .
CUKA : Pasti pelik kenapa cuka dikaitkan dengan kecantikan rambut kan? Walaupun baunya menyengat hidung , namun cuka akan membuat rambut bersinar . Pakar kecantikan juga setuju bahawa cuka adalah ubat terbaik untuk kulit kepala yang berkerak .
STEP BY STEP :
- Campurkan lima sudu cuka dengan dua sudu air . Kemudian basuh rambut dengan larutan tersebut .
*Kesihatan Rambut Sangat Penting :)

